Sunday, April 29, 2012

Nukilan Buat Diriku Yang Bergelar Pelajar

Setiap hari ku hadir ke Sekolah,
Malalui lorong-lorong kantin usang,
Tergopoh-gapah menaiki tanggga,
Lalu ku letak beg buruk,
di bangku khidmat.

Keadaan di kelas membilang keadaan,
Riuh-rendah gelak dan tawa,
Kegembiraan mengisi keadaan,
Senyuman memberi sinaran,
Disamping kawan digelar rakan.

Namun dalam kegembiraan,
Gelak tawa rakan,
Aku bersendirian,
Duduk dicelah kesibukan,
Membilang jari kiri ke kanan,
Meniti hidup peredaran zaman,
Takkala menunggu ketibaan SPM.

Kadang-kadang dalam kesediaan,
Aku ketakutan,
Aku takut dengan keadaan,
Aku bimbang akan limpahan cabaran,
Bayangan menghantui diri...

Oh Tuhan Allah yang satu,
Aku bimbang tak seteguh karang,
Aku takut tak sekuat rasulmu..

Ya Allah,
Mampukah aku menghadapi cabaran ini,
Mampukah aku menghadapi SPM ini,
Peperiksaan yang akan menentukan hidupku,
Yang akan kekal mengabdi hidupku,
Takkala aku mengharungi dugaanmu..

Ya Allah,
Bantulah aku,
Oh ayah pulihkanlah semangatku,
Oh ibu berikanlah kekuatan padaku,
Kawan-kawan sokonglah pendirianku,
Agara aku dapat mengharungi hidup ini,
Dari impian menjadi kenyataan.
Oh diriku,
Pulihkanlah semangatku,
Mulakanlah langkah jihadmu,
Teruskanlah perjuangan sucimu,
Berpantang mati sebelum ajal,
Agar dirimu maju,
Berdiri teguh sekalung ilmu.

Nukilan oleh:
Mohamad Suhaimey Bin Razin
5 Ekonomi
6.10.2005
Kelas 5 Ekonomi
11.25 pagi
Selasa

Saturday, April 28, 2012

Musafir di Tengah Cita

Terdampar di laut senja,
Mencari arah mendongak dada,
Kerisauan membara,
Ketakutan memaksa,
Keberanian ditimba,
Tiada hala tanpa arah.

Aku bukan pendeta,
Aku bukan penguasa dunia,
Aku bukan pemegang senjata,
Aku hanya insan biasa yang berhati mulia.

Ke laut akan ku renangi,
Ke gunung kan ku daki,
Ke hutan ku kan rentasi,
Ke mana sahaja aku akan sanggupi.

Cita-cita satu anugerah,
Mengapa cita-cita harus dilupa?
Dimana ilmu yang baru ditimba?
Biar hidup tidak berharta,
Biar diri dipandang hina,
Namun, hidup cita biar bermaruah.

Nukilan oleh:
Mohamad Suhaimey Bin Razin
29.04.2004
Tingkatan 4 Bijaksana
SMK Usukan Kota Belud, Sabah.

Tuesday, April 24, 2012

Dimanakah hala tuju?

Setiap yang bergelar seorang pelajar itu pasti memiliki impian dan hala tuju..siapa yang tidak ingin bejaya dalam hidup?sudah pasti semua pelajar menjawab ingi berjaya dan mencipta kejayaan yang cemerlang dalam hidup...cakap tak menjanjikan apa-apa jika tidak disusuli dengan tindakan dan disiplin...kalau tiada tindakan menggunakan pelbagai alternatif, agak sukar mencapai apa yang dicita-citakan..pengalaman sekolah menengah suatu masa dahulu menjadikan saya lebih bersifat dewasa dan berfikiran waras dalam menentukan hala tuju hidup..kawan-kawan saya ramai..dan setiap daripada mereka memiliki keinginan dan impian yang sama iaiatu berjaya..ketika berada di tingkatan lima, saya adalah salah seorang perancang akademik rakan-rakan sekelas..walaupun bukan juga la ajk pembimbing rakan sebaya..saya sering mengajak rakan-rakan untuk belajar bersama dan membahaskan setiap ilmu baru yang dipelajai..setiap daripada kami dalam 1 kumpulan akan membaca terlebih dahulu topik pelajaran yang akan dibincangkan dan kemudian setiap seorang akan menyampaikan apa kefahaman mereka terhadap topik tersebut..kami sering brainstorming dan jika telah mencapai tahap yang agak kritikal iaitu tidak faham, maka kami berjumpa dengan guru dan berbincang dengan mereka..kami telah meletakkan hala tuju dan fokus yang jelas bagi merancang masa hadapan dan impian bersama..

Monday, April 23, 2012

Semangat baru diwaktu pagi

Assalammalaikum..selamat pagi rakan-rakan...

seperti biasa hari ini pergi sekolah...pagi tiada kelas...jam 11.20 am - 12.40 pm (kelas di 2 Bestari) dan 12.40 - 01.20 pm (Kelas di 4 Bestari)..apa pun setiap pagi, apa jua yang kita lakukan, buat dengan hati yang ikhlas, rasa seronok dan tidak merasakan ia suatu bebanan..jangan lupa senyum dan meluangkan masa untuk muhasabah diri kerana setiap nafas baru yang kita kecapi pada hari ini adalah suatu anugerah Allah yang seharusnya perlu dimanfaatkan sebaiknya..jangan guna masa yang ada untuk memikirkan pelbagai masalah dan tidak perlu membuang masa untuk memikirkan sesuatu perkara itu secara kritikal..relaks...fikirkan dan letak dalam minda bahawasanya semuanya akan menjadi baik....fikirkan dan selamat maju jaya...:-)

Sunday, April 22, 2012

Pembelajaran Santai di Padang

Ini merupakan sedikit gambar bersama pelajar-pelajar 4 Bestari sewaktu pembelajaran santai di padang bagi tajuk Perubahan Pandang Darat Fizikal. Agak santai-santai jaga lah kami sini..adakalanya kita perlu mempelbagaikan lokasi kita belajar kerana ia akan memberi pengalaman baru selain mendamaikan hati-hati yang semakin bosan untuk duduk di dalam kelas..sempat menyampaikan suatu teknik mendamaikan minda seperti mana yang saya pernah pelajari suatu masa dahulu..kepada pelajar-pelajarku yang dikasihi, gunakanlah masa yang ada untuk anda belajar dan menuntut ilmu..perjalanan kita masih jauh dan musabah dirilah selalu kerana setiap yang berlaku pada masa hadapan kita ditentukan oleh diri kita sendiri...orang cakap, hidup biar rock tapi belajar pun kena rock juga...barulah jd The Rock....hahahaha











Guru-guru muda 4 Amanah

Pembentangan pelajar 4 Amanah bagi tajuk Jenis Batuan dan Kepentingannya






Thursday, April 19, 2012

Guru-guru serba Hijau

Kami power rangers hijau..dari kiri cikgu jasni, cikgu suhaimey, cikgu norazlan dan cikgu saifullah


Seketika ku di sekolah

Seketika ku disekolah..hati yang tenang akan menyeronokkan kita untuk bekerja...terapkan motivasi bekerja agar kita dapat memudahkan pelajar kita menerima pelajaran yang kita sampaikan...

Monday, April 16, 2012

Pembentangan Pelajarku 2 B

Saksikan mereka disini...

Gelagat Pelajarku 4 Bestari

Ini dia gelagat-gelagat mereka sebelum balik...
seronok bukan main lagi dua orang kumpulan Zerong ni..haha

Pembentangan 4 Amanah

Pembentangan Kumpulan pertama bagi tajuk Batuan Igneus oleh pelajar 4 A. ~Guru-guru Muda~
Tarikh : 16 April 2012
Kelas : 4 Amanah
Masa : 07.40 am - 09.00 am
Tajuk : Jenis Batuan dan Kepentingannya

Thursday, April 12, 2012

Pembentangan Pelajar Saya

Kelas : 2 Bestari
Mata pelajaran : Sejarah
Tajuk : Kekayaan Ekonomi Sabah Menarik Minat Syarikat Borneo Utara British
Sub Topik : SBUB Mengeksploitasi Hasil Bumi Sabah.

Penyerahan Watikah Pengawas dan Ikrar

Tarikh : 13 April 2012
Hari : Jumaat
Jam 10.00 am - 11.20 am
Tempat : Dewan SMK Abdul Rahim 2, Kudat
Perasmi : Puan Hajah Faridah Hj Kamarudin (PK 1)

Mesyuarat Guru-guru

Diari hari ini..

Gelagat pelajarku

Gelagat pelajarku sepanjang pembentangan Sejarah bagi topik Pengaruh Hindu Buddha dalam Tamadun Awal Asia Tenggara..kelas 4 Cekal.

Coretan Diari Pagi

Assalammualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan, salam kasih sayang dan salam 1 Malaysia.

Sekolahku, Syurgaku

Ini merupakan sekolah tempatku latihan mengajar..disini aku akan mula mempraktikkan segala ilmu yang telah aku pelajari selama berada di universiti..disini juga adalah tempatku menimba pengalaman dan pengetahuan..aku harap dapat berkhidmat sebaiknya disekolah ini selama berada disini..inyallah dengan roh, jasad dan kudratku, aku akan sedaya upaya memberikan khidmat terbaik..aku mula lapor diri pada 27 Mac 2012 (Rancangan Orientasi Sekolah) dan mula mengajar pada 19 Mac 2012.