Thursday, April 12, 2012

Coretan Diari Pagi

Assalammualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan, salam kasih sayang dan salam 1 Malaysia.
Kepada semua rakan-rakan pembaca..diruangan ini, saya cuba berkongsi dengan semua tentang setiap pengalaman disepanjang perjalanan hidupku sebagai seorang guru baru di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahim 2, Kudat..to be a new teacher is no easy..banyak cabaran dan pengalaman dilalui..kadang-kadang kita kena korbankan tenaga dan perasaan untuk setiap pelajar kita..maklumlah kadang-kadang ada juga sebahagian pelajar kita yang kurang endah dengan apa yang kita katakan..biasalah kan..bukan kita tidak tahu..kita pun pernah menjadi seperti mereka..syukurlah pada hari aku masih lagi mampu meneruskan tugas harian seperti biasa..

Kelas yang aku masuk hari ini adalah kelas 2 Bestari..mengajar topik SBUB Eksploitasi Hasil Bumi Sabah. Agak seronok mengajar mereka walaupun kadang-kadang ada juga yang nakalnya..besalah ba tu kan budak-budak..

Seterusnya aku masuk kelas 4 Bestari..mengajar Sejarah bagi topik Tamadun Awal Asia Tenggara. Hari ini aku lihat pelajarku kurang bersemangat..ada yang mengantuk, penat, malas dan ada juga sibuk dengan kegiatan pengawas mereka..namun seperti biasa, aku cuba menarik minat mereka untuk belajar meskipun sebilangan besar mereka mengatakan tidak minat Sejarah..aku faham juga berdasarkan setiap alasan-alasan yang mereka utarakan sejak dari awal aku mengajar..walau bagaimanapun, aku tetap mencuba pelbagai cara termasuk meminta mereka menulis dipapan putih agar mereka dapat berdiri dari kerusi yang memenatkan itu..excersice sikit sebab lama kan duduk dimeja..apa pun apa yang saya boleh katakan, pelajar-pelajar saya bagus..mereka perlukan perhatian lebih dan guru perlu tunjukkan kasih sayang kepada mereka..i love my student...:-)

No comments:

Post a Comment