Balada Peneroka Sepi
Di sana
Terletak sebuah kota sunyi,
Mengerikan,
Senyap dan menakutkan..
Setiap muka yang menatap,
Diselubungi pertanyaan dan
persoalan,
Apakah yang menjadikan kota itu,
Seperti lorong-lorong kesepian.
Disana,
terlihat hati-hati kesunyian,
membosankan..
ketiadaan senyuman..
apa lagi gelak tawa rakan taulan..
Disana,
Cuma ada tangisan dan ketidakwarasan,
Hingga...
Satu masa terdengar suatu getaran,
Suatu geseken, suatu alunan..
Meruntuhkan tembok kesunyian dan
kesepian.
Untuk kota dan hati kesepian itu.
Akhirnya,
Terbit senyuman kegembiraan,
Tiada lagi kesunyian dan
kesepian,
juga bayangan kegelapan yang
mengerikan.
Kerana,
Balada itu meruntuhkan tembok
kesepian..
11 April 2012
Si Tukang Sapu Setia
Si Tukang Sapu Setia
Terduduk aku dijendela usang
Melihat suasana pagi hari Isnin,
Mendongak kepala ke luar,
Melihat kelibat seorang tukang sapu tua.
Dengan sepenuh hati,
Menyapu sampah-sampah,
Daun-daun bergelimpangan di tanah.
Diraut wajahnya,
Tertulis suatu harapan,
Impian kepada anak-anak dirumah,
Agar dapat menjadi pelajar cemerlang
Seperti anak-anak yang sering lalu lalang,
Ke bilik, ke cafĂ©, ke kelas…
Dia seorang tukang sapu tua,
Masih kuat, masih teguh,
Meski usia sudah meningkat jauh,
Meski badan hampir luluh.
Di cuaca yang terik, kebasahan
Dia jalankan tanggungjawab dengan amanah,
Hanya dengan sekadar tukang sapu saja.
Dengan penuh kecekalan,
Dia menyapu debu-debu..
Untuk menyelak sedikit rezeki,
Untuk anak-anak dirumah,
Sekadar untuk sesuap nasi,
Secebis sayur taugeh,
Secawan air kopi.
Keteguhan seorang tukang sapu,
Juga ibu tua itu,
Mengingatkan aku akan rasa kesyukuran,
Bersyukurnya aku melihat kelibat itu,
Kerana ia menjadi pembuka hatiku,
Untuk lebih mensyukuri apa yang ada.
Wanita tua itu sangat ku hormati,
Kerana aku juga pernah seperti mereka,
Tukang sapu itu,
Dengan rendah hati, ia mengangkat muka,
Kepada anak-anak semuda aku,
Dengan hanya teguran,
“pergi kelas..”
Lantas aku berkata “ya makcik..kelas.kerja pelan-pelan makcik”
Rehat..panas”.
Diakhirnya…
Aku berdoa moga kau dirahmati,
Dilindungi olehNya
Untuk sekian lama,
Meniti hari-hari esok,lusa dan selamanya.
Nukilan oleh:
Mohamad Suhaimey Bin Razin
Universiti Malaysia Sabah
1.11.2010
Isnin
03.11 Pm
Kg B.D.113
“untuk kelibat tukang sapu tua”
Pantun Gurau Cinta
Burung Kedidi di atas titi,
Kapal berlabuh di tepi jeti,
Hasrat besar di dalam hati,
Untuk memetik si burung merpati.
Bunga seroja di atas batu,
Menjadi pujaan Si Puteri Arakan,
Kalau tuan maksudkan itu,
Agak keberatan untuk tunaikan.
Pandai sungguh tuan bermadah,
Tersilap langkah badan aniaya,
Hatiku kini terlalu gundah,
Kerana tuan sudah berpunya.
Mati
anak kerana buaya,
Rosak hati badan binasa,
Kalau tuan sudah berpunya,
Patik kini beputus asa.
Kasihan sungguh si anak Rohaya,
Berputus asa kerana cinta,
Kalau diri sudah berpunya,
Pandai-pandailah menjaga cinta.
Oleh : Mohamad Suhaimey Bin Razin,
Universiti Malaysia Sabah
18 Ogos 2010
Pantun Bisikan
Kura-kura memanjat kayu,
Jatuh tergolek terkena tiang,
Kalau memang sudah Melayu,
Hidup mau disayang-sayang.
Anak cina memakai suasa,
Kaki sakit kerana nakal,
Kalau sudah gila kuasa,
Gelaplah hati hilanglah akal.
Harum sungguh bunga seroja,
Mari disunting untuk si dia,
Kalau hidup terlalu manja,
Tak kan kemana bangsa kita.
Jangan dikacau si ular tedung,
Padahnya nanti kepada kita,
Hidup Melayu sangat beruntung,
Semua ada di depan mata.
Bernyanyi merdu si burung tiung,
Hinggap di dahan memakan buah,
Memang Melayu sangat beruntung,
Nasib terbela oleh pemerintah.
Kuat sungguh ketuanan Melayu,
Pantang dicabar takkan berala,
Kalau pemerintah bukan Melayu,
Adakah kita masih terbela??
Itulah silap orang Melayu,
Semua ada di depan sudah,
Kalau benar ketuanan Melayu,
Takkan Melayu hidup susah.
Membeli roti dikedai ayu,
Untuk juadah diwaktu petang,
Kalau kita hidup bersatu,
Memang ketuanan takkan hilang.
Budaya berpantun budaya Melayu,
Menjadi warisan turun temurun,
Marilah wahai orang Melayu,
Kita hidupkan suasana pantun.
Oleh : Mohamad Suhaimey Bin Razin, Universiti Malaysia
Sabah
16 Ogos 2010
Hauri Hati
Kasih itu sabar,
Marah hati, tidak cemburu,
Tapi bila kasih itu disentuh oleh kata-kata,
Kasih itu akan berubah,
Menjadi hati yang sakit.
Kerana,
Jika perasaan terguris,
Hati juga akan terluka.
Semua itu kerana,
Hati dan perasaan itu adalah,
Satu hauri yang indah.
Perasaan sangat mudah merasa indah,
Dan sangat mudah kecewa..
Kerana itu terbentuknya hauri hati di hati
kita.
Hauri adalah telinga bagi hati kita..
Hargailah hauri hati sesama..
Jujurlah pada hati dan perasaan..
Dan yang paling penting,
Jagalah hati bersinar seperti bintang
dilangit..
Agar hati itu tidak diliputi oleh
Kegelapan yang menyakitkan..
11/04/2012 (Rabu), 10.12 pm (Lady)
No comments:
Post a Comment