Tuesday, April 24, 2012

Dimanakah hala tuju?

Setiap yang bergelar seorang pelajar itu pasti memiliki impian dan hala tuju..siapa yang tidak ingin bejaya dalam hidup?sudah pasti semua pelajar menjawab ingi berjaya dan mencipta kejayaan yang cemerlang dalam hidup...cakap tak menjanjikan apa-apa jika tidak disusuli dengan tindakan dan disiplin...kalau tiada tindakan menggunakan pelbagai alternatif, agak sukar mencapai apa yang dicita-citakan..pengalaman sekolah menengah suatu masa dahulu menjadikan saya lebih bersifat dewasa dan berfikiran waras dalam menentukan hala tuju hidup..kawan-kawan saya ramai..dan setiap daripada mereka memiliki keinginan dan impian yang sama iaiatu berjaya..ketika berada di tingkatan lima, saya adalah salah seorang perancang akademik rakan-rakan sekelas..walaupun bukan juga la ajk pembimbing rakan sebaya..saya sering mengajak rakan-rakan untuk belajar bersama dan membahaskan setiap ilmu baru yang dipelajai..setiap daripada kami dalam 1 kumpulan akan membaca terlebih dahulu topik pelajaran yang akan dibincangkan dan kemudian setiap seorang akan menyampaikan apa kefahaman mereka terhadap topik tersebut..kami sering brainstorming dan jika telah mencapai tahap yang agak kritikal iaitu tidak faham, maka kami berjumpa dengan guru dan berbincang dengan mereka..kami telah meletakkan hala tuju dan fokus yang jelas bagi merancang masa hadapan dan impian bersama..


Namun pada masa yang sama aku juga memiliki rakan-rakan yang berkeinginan untuk mengapai cita-cita dan impian tetapi mereka tidak menzahirkan dalam bentuk tindakan dan perbuatan..mereka jarang mengulangkaji, lebih banyak bermain daripada belajar..suka main-main, tidur apabila guru mengajar dihadapan dan tidak disiplin dalam pengurusan masa serta jadual belajar...kerana kawan baik dan mengambil berat tentang kawan, maka aku pun bertanya.."man camna persediaan SPM mu?ok juga..aku tengok cam jarang juga ku nampak ko belajar..kau tidur jak dalam kelas..ko ok ka?"..dengan nada sedikit sayu dia menjawab "kau senang lah mey..kau pandai..bijak..disayang guru..kau senang la..aku ni apa ja. bukan pandai...tersentak aku mendengar jawapan itu..lalu aku menjawab perlahan "kawan kau tau ka..aku ni nda pandai..kau tau juga kan latar belakang aku..keluarga aku...kedudukan akademik aku pada masa lalu..aku tak pandai pun..aku cuma rajin berusaha..aku kena usaha lebih sebab aku tau kedudukan aku dimana..tiada orang yang bodoh man..kejayaan seseorang itu bergantung kepada tahap kerajinannya..orang yang bijak tetapi malas berusaha, akan gagal..manakala orang yang bodoh, jika rajin berusaha pasti dia akan berjaya..camnilah man, kita usaha saja dulu dan letakkanlah hala tuju yang jelass..lihat kembali sejauhmana sudah perjalanan kita..mahu 11 tahun da kita ke sekolah..hampir-hampir uda kita berjaya ni..usahalah..insyallah kita akan berjaya"

Peristiwa 5 tahun lalu telah berlalu..bila aku terkenang kisahku dulu, kadang-kadang aku rasa bersyukur juga pada hari ini..kalaulah aku tidak berusaha suatu masa dulu, mana mungkin aku mampu menjejakkan kaki ke menara gading..mana mungkin aku mengecapi kejayaan pada hari ini. Berjumpa semula dengan kawan-kawan..ada yang sudah kahwin sudah anak da pun sebab tiada hala tuju uda..ada yang jual ikan..ada yang keja supermarket, ada yang keja tukang buat rumah, ada yang pegi laut..ada yang keja kilang dan tidak kurang ada juga yang berkerja jawatan seperti polis, guru, jpj, kerja jabatan-jabatan, jurulatih PLKN, dan businessman berjaya...syukurlah bagi yang telah berjaya..inilah usaha kita pada masa lalu..tahniah dan semoga kita diberikan kejayaan yang lebih besar dimasa hadapan..

Kadang-kadang dalam hidup ini kita perlu muhasabah diri..seketika kita berjalan ke hadapan, kita perlu mengambil sedetik masa untuk menoleh ke belakang...lihat semula ke belakang...jauh mana uda perjalanan kita pada hari ini..berapa banyakah kejayaan yang kita telah kecapi?dan berapa kalikah kegagalan yang kita lalui..belajar itu bukan sekadar seperti menyertai sukan lompat jauh..sekadar penyertaan dan pulang dengan kegagalan..berjuang ini kita kena ada matlamat dan perjuangan..kalau sekadar penyertaan, bagus tak perlu sertai kerana kegagalan mu yang teruk akan merosakkan namamu..kalau ingin sertai, pastikan tanam dalam otak menang atau setidak-tidaknya pun membuat yang terbaik dan sebaik mungkin...makanya yang terbaik, cukup latihan dan persediaan iaitu tidak tangan kosong..jangan berperang bawa senapang yang tidak ada peluru..pasti kau akan mati sebelum berperang..tengok musuh da mati macam lah kau tengok soalan exam SPM..kalau kau masuk dengan bekalan peluru yang sikit, kau tengok kertas soalan pun kau sudah berpelu-peluh...muhasabah diri la..lihat kiri, lihat kanan, lihat atas, lihat bawah, lihat depan, lihat belakang...tengok muka ibu bapa balik..harapan serta air muka mereka...kadang-kadang jarang sekali mereka meluahkan rasa kesusahan yang mereka hadapi ketika dihadapan kita..berusahalah setidak-tidaknya untuk mereka...

Biar kita selalu gagal ketika membuat latihan, tapi jangan gagal di medan pertempuran...

Suatu masa nanti, jika telah melihat bintang dilangit, jangan lupa rumput dibumi...berkhidmatlah...selamat berjaya wahai kawan-kawan dan pelajar-pelajarku...we wish you success...:-)

No comments:

Post a Comment