Sejarah 1
Umum sudah mengetahui bahawa Sg.Putatan (mati) yang mengalir di
tengah Kampung Hulu Putatan dan Kampung Seberang Putatan, Kampung Teguli
dan Kampung Tobongon sehingga ke kualanya, telah lama dimatikan
puncanya di Kampung Terawi. Aliran sungai ini akhirnya menjadi sempit
dan dipenuhi semak dan ada juga yang telah ditimbus dengan tanah
terutamanya di Kampung Hulu Putatan dan di Kampung Terawi. Antara sebab
punca aliran Sg.Putatan (mati) dimatikan adalah untuk mengelakkan
kampung-kampung yang berdekatan dengan sungai tersebut menghadapi
masalah banjir. Untuk suatu ketika, sekatan ini agak berkesan
sehinggalah terjadinya Ribut Greg yang mana air dari Sg.Petagas telah
naik melimpah ke sawah padi dan mengalir ke arah Sg.Putatan (mati) untuk
mengalir ke arah laut. Namun, disebabkan aliran Sg.Putatan (mati) telah
disekat, maka banjir pun berlaku di kampung-kampung yang terletak
berdekatan dengan Sg.Putatan (mati).