Monday, February 3, 2014

Impian Seorang Seniman

Sekiranya aku masih hidup,
Sepuluh tahun dari sekarang,
Kita akan bertemu jua,
Setelah sekian tahun lebih tua.

Sekiranya kita tidak mati,
Dua puluh tahun dari sekarang,
Kita akan hidup,
Dalam Rancangan Malaysia keberapa,
Dan Usman Awang barangkali sudah bersemadi,
Di Makam Pahlawan Negara,
Atau membaca Fatihah dipusara sahabatnya.

Sekiranya umur kita panjang,
tulisan kita akan mahal harganya,
Sebuah cerpen boleh beli sebuah kereta,
Sebuah novel boleh beli sebuah rumah,
Sebuah sajak boleh mengoncang suatu kuasa,
Tetapi sekiranya kita akan mati,
Esok, lusa atau hari ini nanti,
Dan bahasa ibunda tidak laku,
Itu bukan salah kita,
Itu adalah urusan orang di dunia,
Yang terlalu bodoh menguruskan maruahnya.

No comments:

Post a Comment