Sunday, January 19, 2014

Cinta dan Kehidupan

Hidup itu sekali, mati juga sekali, kahwin itu sekali, dan bercinta juga sekali...Shah Rukh Khan cakap la...tapi bagi aku kehidupan itu adalah

"struggle"

Bila kita dilahirkan sahaja ke dunia ini, kita sebenarnya telah bersedia untuk struggle dengan semua cabaran hidup di dunia..kadang-kadang kita merasakan kehidupan di dunia ini seperti tidak adil..ada masa-masanya sebahagian daripada kita menyalahkan takdir yang ditentukan oleh Allah...ada manusia kaya, ada manusia miskin, ada manusia cantik, ada manusia hodoh, ada manusia pandai, ada manusia bodoh, ada manusia lahir ada ibu bapa, ada manusia lahir tanpa ibu bapa disisi, ada manusia dilayan dengan baik, ada manusia dilayan dengan buruk, ada manusia baik, ada manusia baik, dan pelbagai lagi kepelbagaian manusia....

Paling ketara dalam kehidupan normal yang kita sering nampak, ada manusia kita lihat kehidupannya sempurna yang dikelilingi kekayaan yang diwariskan..ada juga manusia yang begitu daif kehidupannya..

Semua ini adalah ujian yang telah ditakdirkan..jangan berputus asa dengan kehidupan...belajarlah untuk berjuang sehabisnya dengan kehidupan..kita masing-masing ada rezeki tersendiri..kadang-kadang, bagi orang yang sentiasa bersyukur dengan kehidupan, sedikit rezeki itu seperti banyak selautan, tetapi bagi mereka yang langsung tidak mensyukuri nikmat Tuhan, sebanyak rezeki selautan pun dirasakan seperti segelas cawan...

Aku sentiasa bersukur dengan apa yang aku miliki..dalam kehidupan, aku hanya mengharapkan kegembiraan..kadang-kadang aku merasakan kehidupan yang sederhana itu lebih baik..tidak berhutang, tidak banyak masalah dan sentiasa hidup gembira..berbanding yang hidup kaya raya, hidupnya sekadar dihabiskan untuk mengumpul berkoyan-koyan harta, duduk dirumah semasa bersama keluarga hanya bercakap bersahaja dan masing-masing berdiam memegang telefon masing-masing...Fb sokmo..boringnya aku tengok kehidupan seperti itu apalagi jika terlalu melihat darjatnya...tapi apa pun, itu masing-masing rezeki tersendiri..dan padangan sendiri..kehidupan itu banyak warna warninya..dan masing-masing kita ada pengertian tentangnya...setiap kita sentiasa mengharapkan kehidupan bahagia...

No comments:

Post a Comment